Ayah ! Ibu ! Tolonglah aku !
Aku ingin kahwin, Tapi tak mampu!
lautan mengajar erti kehidupan
Bicara AKU OranG LauT at 10:07 AM 0 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Bicara AKU OranG LauT at 9:57 AM 4 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Bicara AKU OranG LauT at 3:41 PM 8 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Bicara AKU OranG LauT at 6:57 AM 9 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Bila aku berjalan-jalan ke blog orang laen..Aku selalu jer jumpe org letak lirik lagu la.. Lagu la...
Letak bait-bait indah lagu yg di popularkan artis-artis tanah air..
Lantas terlintas di fikiran aku, kenapa aku tidak menciplak saja idea itu..Tidak perlu aku mengarahkan serebrum dan sereblum aku berdenyut-denyut mencari jalan mungupdatekan blog yg jarang-jarang di baca orang nie....
Ladies and gentelman, specially prensent to you..Terimalah
Bicara AKU OranG LauT at 10:09 PM 9 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Suatu petang ada seorang remaja perempuan datang berjumpa saya tanpa temujanji. Pakaiannya amat sopan, bertudung bulat dan wajahnya putih bersih. Dia bertanya berbagai-bagai persoalan agama. Saya menjawab sekadar yang saya tahu. Dia bertanya: Apa hukum anak zina? Saya katakan: Anak zina tidak bersalah apa-apa. Yang bersalah ibubapanya. Anak zina tidak menanggung apa-apa dosa. Dia Bertanya lagi: Apakah hubungan anak zina dengan bapanya? Saya katakan: Islam tidak mengiktiraf hubungan darah antara anak zina dengan bpanya. Bahkan bapa itu boleh berkahwin dengan anak zinanya. Remaja itu terus bertanya: Kalau begitu anak zina itu bukan muhrim? Saya menjawab: Ya, Anak itu tidak boleh mendedahkan auratnya kepada bapa ( zina ) walaupun di dalam rumah, tidak boleh bersalaman apatah lagi mengucup tangannya?.
Tiba-tiba remaja itu tunduk dan kemudian menangis semahu-mahunya. Sesiapa yang melihat akan turut menanggis bersamanya.Dengan sedikit kekuatan yang ada dia mengangkatkan kepalanya: Saya adalah anak zina?
Saya cuba tenangkan perasaannya. Adakah kamu pasti? Dia menjawab: Ya. Saya dengar dari sebelah bilik, Makcik bertengkar dengan mak dan ayah. Dalam keadaan marah, makcik berkata, kamu jangan nak tunjuk baik, warak?
Kak long tu adalah anak zina?. Apabila saya mendengar kalimah itu, Saya rasakan dunia ini gelap gelita. Saya menangis semahu-mahunya. Mengapa ayah dan mak lakukan begitu?
Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Saya masih hidup. Sudah kering airmata. Saya tidak dapat mengubah sejarah. Ayah dan ibu yang saya kenali, adalah orang yang baik, tidak pernah mengabaikan solat dan puasa,bahkan mereka berdua amat penyayang, ambil berat pendidikan agama anak-anak. Saya tidak percaya mereka pernah terlanjur. Tapi ini adalah hakikatnya?. Dia terus menangis dan menangis. Air mata belum dapat menggambarkan luka hatinya.
Ambillah iktibar. Jangan menjadi ibu atau bapa kepada anak zina. Kasihanilah zuriat kita. Janganlah anak yang tidak berdosa menanggung keaiban ibu bapa mereka. Mereka tidak mahu dilahirkan dengan anak zina.

Bicara AKU OranG LauT at 10:46 AM 7 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Remaja Yang Menghampiri Zina
Kami Tidak Berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum ? Adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya kelembah perzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalaman banyak. Ia ada lebih 1001 cara.
Ingat, Pesanan Rasulullah: Jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan ( HR Tabrani ). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis
Tidak semestinya semua orang yang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegang, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata.
Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan ( menuju ketempat pertemuan ). Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman ( HR Muslim dan Abu Daud ).
Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambanya. Kita pelajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagian. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagilah.
Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atid?
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni ?study group?
Study Group?? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau iya pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duan macam ni? betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap sahaja bincang pelajaran. Yang lain tu? Banyak dihabiskan dengan fantasi cinta!
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia.
Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Takkanlah tak ada ruang langsung yang dibenarkan Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripaada kesempurnaan manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki ( sense of belonging ) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh paeri atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri.
Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri/nafsu.
Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemulian agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa ? sesuatu ? sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.
Sabda Rasulullah: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. ( HR Ibni Majah ).
Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Kalau begitu, Cinta remaja semua menghampiri kepada perzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian, Mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin hampir dan dekat dengan perzinaan?
Penghujung jalan cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun.
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.
Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwauntuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaannya, manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah telah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok kuldi itu.
Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam shurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, jika kamu menghampirinya maka akan jadilah kamu dari orang-orang yang zalim. ( al-Araf )
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan kearah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonanan yang dibuat-buat dan kepura-puraan.Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik.
Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta.
Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang. Penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking. Jadi perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah satu kepuraan atau hipokrit.
Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagian jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagian bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menanugerahnya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagian itu tidak diredhai Allah. Kebahagian hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang direhdai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mula sudahpun cangggung, bagaimana kesudahannya?
Tanya sedikit? Adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta?
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya ? angkat ? ini sebenarnya telah masuk kedalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.
Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan menyatakan orang yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, Bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
Adakah orang yang bercinta hilang maruahnya?
Antara kemulian manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkhawin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkhawin dengan orang yang beriman. Allah Berfirman:
Lelaki yang berzina ( lazimnya ) tidak ingin berkhawin melainkan dengan perempuan berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula ( lazimnya ) tidak ingin berkhawin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkhawinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. ( Surah ai- Nur: 3)
Jadi orang yang bercinta itu hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.
Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang hingga ia menjadi pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand ? sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakan di Show room sahaja; display only.Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah kehulu kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya ( yang memelihara dirinya daripada melakukan zina )?Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. ( Al-Ahzab: 35 )
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha?
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
Berazam. Bertekad di dalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan orang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas Ijab Kabul.
Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, Anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang.Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu berdosa?.
Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu.
Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh, tidak ke mana!
Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

Bicara AKU OranG LauT at 4:13 PM 5 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Bicara AKU OranG LauT at 4:41 PM 5 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Bicara AKU OranG LauT at 7:26 AM 6 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Bicara AKU OranG LauT at 5:39 PM 4 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Bicara AKU OranG LauT at 6:16 PM 6 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Haha, aku dah cakap tapi kamu semua tak percaya! Maka, Adiós perdedores!"
Bergema seluruh Masjid Tanah, sebuah pekan di dalam negeri Melaka dengan jeritan dan sapaan seorang lelaki. Memenangi tiket percuma untuk berhijrah ke Timur Afrika memang sudah lama menjadi impiannya. Dan ia memang jelas dalam setiap senyuman yang dilemparkan kepada setiap satu orang yang ditegurnya pagi itu.
Mereka-mereka yang disapa, ada yang membalas dengan senyuman. Tidak kurang yang menggelengkan kepala tersengih kerana masih terbayang cerita-cerita gila yang menyelubungi hidup lelaki tadi. Seorang dua sempat memberikan reaksi teruja sambil bertanya kalau-kalau ada peluang berniaga dedaging ikan paus di Afrika sana.
Lelaki itu, Norman Hukum, berumur awal 30-an. Bekas pegawai tentera yang dilucutkan jawatannya setelah dituduh belot membocorkan maklumat-maklumat risikan negerinya kepada musuh ketika perang saudara 3 tahun yang lepas, tetapi atas kekurangan bukti, hukuman mati tidak ditimpakan terhadap kepalanya.
Lelaki ini juga dikhabarkan baru putus kasih dengan seorang gadis manis sundal, Fasha Sandal, yang juga dikatakan sebab utama Norman Hukum ingin berhijrah ke suatu tempat yang jauh dan terpencil dari jajahan kaumnya. Maka, peluang untuk memenangi satu tiket percuma sebuah kapal pelancongan, Nuestra Señora de la Francisco, tidak dilepaskan. Digunakan setiap sen yang ada dalam simpanan untuk merasuah penganjur pertandingan yang juga satu-satunya pegawai kastam di dalam daerah tersebut.
Pada malam terakhir Norman Hukum di Masjid Tanah, dia bertemu Fasha Sandal. Mana tahu kalau-kalau gadis montok bermata hijau itu masih punya hati untuk menyambut kasihnya. Seperti yang dia jangka, Fasha Sandal menolak.
"Tapi aku sudah bayangkan mahligai kita di tepi pantai nanti, tanpa keluhan ikan-ikan paus dilapah nanti, tempat kita menyambung mesra-mesra kita di sini."
"Norman, hentikan!" Fasha Sandal simontok seperti terhibur melihat Norman Hukum merayu,"aku sudah katakan yang aku perlu bukan sentuhan-sentuhan madu dan gagahmu lagi. Aku ada gaya hidup. Aku perlu lebih dari 20 kati emas setiap tahun untuk menyelenggaranya."
Norman Hukum belum ingin kalah," maka ikutlah aku. Di sana aku dengar emas permata jadi batu-batu lontaran anak-anak kecil. Mungkin penat menggagarkan rasa perit tapi kalau itu harganya nafasmu, aku rela."
"Norman, kau gila!" Fasha Sandal yang sebenarnya sudah lama ingin meninggalkan Norman Hukum untuk lelaki lain, mula berlalu dari situ.
Lelaki ini tertunduk. Geram," dan kau Fasha Sandal, mungkin lesbian."
Terdengar hilaian tawa Fasha Sandal sayup-sayup meninggalkan malam.
Subuh keesokan harinya Nuestra Señora de la Francisco sudah bersedia menunggu Norman Hakim. Kapal tersebut besarnya tidak besar. Lebih kurang setinggi dua bangunan perpustakaan diletak bertindih dan panjangnya mungkin 15 langkah berlari pecut 50 ela. Tiga tiang utamanya amat tinggi, dan tegap diukir dengan rajah-rajah unik seperti peta. Mungkin panduan untuk mengelak sesat di tanah besar.
Setibanya di atas dek, beberapa orang anak kapal kelihatan bertinggung menekup muka seperti kehilangan punca. Isi kapal tersebut tidak seperti yang dibayangkan Norman Hukum. Hanya beberapa orang anak kapal kelihatan. Tidak langsung seperti kapal-kapal membawa pelancong yang selalu digambarkan oleh mereka-mereka yang pernah melancong tapi akhirnya menjadi lanun-lanun Selat Melaka. Sekilas hati Norman Hukum,"seperti kapal-kapal pengangkut hamba abdi. Aku mangsakah?"
"Kamu, bila kita akan mula berlayar?" Norman Hukumu, seorang bekas tentera cuba mendapatkan kepastian mengenai jadual pelayaran. Ditujukan kepada seorang lelaki berbaju lusuh sedang mencuci lantai dek.
"Norman Hukum ya? Kapten kata engkau boleh kemudi kapal ini," dalam cebikan muka lelaki yang ditanya Norman Hukum tadi menjawab malas.
Sebenarnya Norman Hukum tidak pernah berlayar dengan mana-mana kapal sebesar ini atau sebesar manapun. Dia sebenarnya tidak pernah terlibat di dalam mana-mana peperangan pun. Dia hanya seorang pegawai kira-kira yang tugasnya lebih kepada pemetaan kawasan pertempuran dan strategi. Belum sempat ditugaskan membuat pemetaan kubu musuh ketika perang saudara yang lalu dia sudah hampir dipancung kepala oleh orang-orangnya sendiri.
Terkejut dengan kenyataan anak kapal tadi dia melilau-liar ke seluruh kapal. Tiada anak kapal di situ yang seperti tidak mengenalinya. Bingung semakin menjadi-jadi di dalam kepala Norman Hukum.
"Kau, pengawal kemudi, siapa nama kapten kapal ini? Atau, siapa nama kau sebagai permulaan?" Sekarang Norman Hukum sudah seperti polis penyiasat pula.
"Namaku Jehan Kaya dan nama kapten Parit Kamil," sambil mengunyah lebihan daging-daging semalam pengemudi itu yang dapat melihat wajah terkejut norman Hukum menyambung,"kapten kata dia kenal kau wahai Norman Hukum. Dia tahu kau memang ingin keluar dari daerah ini. Dia tahu kau telah atau akan berdendam dengannya."
Norman Hukum memang amat kenal dengan Parit Kamil. Malah dialah sebab Norman Hukum dan Fasha Sandal simanis sundal berbalah. Parit Kamil pernah berkata kepadanya yang dia sendiri akan mencampakkan Norman Hukum jauh dari tanah kebiasaan demi untuk bersama dengan perempuan sundal tadi. Kini harapan Parit Kamil telah tertunai.
"Kami semua anak-anak kapal adalah darah-darah dari tanah Port Dickson."
Mendengar Port Dickson, Norman Hukum sudah rasa sedikit kecut pada esofagus. Port Dickson merupakan negeri yang diperangi Masjid Tanah dalam perang saudara yang lepas. Walaupun keadaan sudah tenang di antara keduanya tapi apa sahaja boleh terjadi. Perang yang dulu pun dikatakan bermula kerana pemerintah Port Dickson ditipu timbangan daging ikan paus pembeliannya oleh beberapa pemborong tersohor Masjid Tanah.
"Jangan risau Norman Hukum. Kami semua amat ingin untuk berlayar dan sepeninggalan Parit Kamil menyebabkan hanya kau yang kami fikir dapat membawa kami semua ke tanah perjanjian seterusnya."
Norman Hukum baru sedar di dalam kapal tersebut tiada bot atau sampan simpanan tersedia. Kapal sebesar Nuestra Señora de la Francisco ini tidak patut menghampiri tanah Masjid Tanah terlalu lama. Dan dia juga sedar
anak-anak kapal tersebut semuanya adalah bekas-bekas kelasi yang telah dibayar Parit Kamil dengan kekayaan bangsat itu sendiri. Norman Hukum telah terperangkap di dalam permainan yang sebenarnya satu bonus dan peluang yang tidak terfikirkan olehnya.
"Jadi orang muda, memandangkan kau telah sedar semua ini adalah cerita terancang, maka kau beritahu ke mana, biar kami kemudi," Jehan Kaya memandang dengan sinis," kau ada pilihan untuk tinggal di sini membalas cerita dendam dengan si Parit Kamil itu atau kau bawa sahaja kami ke tanah lain bertemu negeri-negeri yang belum kami ratahi isi buminya."
Terdiam Norman Hukum. Lama. Ketika ini dia sudah hilang runsing. Cuma terfikir pelayaran ini pasti mengerah penat kepala otaknya.
"Maka, begitulah! Kita tidak hanya akan berhenti di Lumut," dalam laungan ini Norman Hakim separuh tersenyum," kita ke Timur Tengah. Aku dengar di sana ada kebenaran dan aku memang dah lama ingin mencari TUHAN!"

diciplak oleh : AKU OranG LauT
Bicara AKU OranG LauT at 8:08 AM 3 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Bicara AKU OranG LauT at 5:09 PM 15 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Bicara AKU OranG LauT at 3:56 AM 16 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post

Bicara AKU OranG LauT at 11:38 AM 24 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Bicara AKU OranG LauT at 12:46 AM 9 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Bicara AKU OranG LauT at 5:34 AM 6 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Tadi rakan sekerja aku, orang Iran mitak tolong dgn aku. Kata dia, kwn dia bukak company so nak pakai orang.. Mitak tolong aku carikan org..
Wah..kalau bukak agensi pekerjaan dah masyuk nie.. Silap2 haribulan aku jd CEO..
Aku nk bagi taw ko serba ringkas pasal kompeni nie.. Company nie company baru.. Baru setup dan ada sebijik kapal kontena..
CEO dia org Iran, Executive Director dia pun org Iran, cuma sorang je Board of Director dia org Malaysia.
Company nie register Malaysia.
Apa lagi ek...?
Jawatan apa...?
Tukang tolak kapal..hehe.
Okey2..be serius..

Bicara AKU OranG LauT at 1:42 AM 10 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post

Bicara AKU OranG LauT at 6:00 AM 11 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post

Bicara AKU OranG LauT at 1:05 AM 6 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah..
Bicara AKU OranG LauT at 3:48 AM 6 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post

Bicara AKU OranG LauT at 2:05 AM 2 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
CCTV MERAKAMKAN AMAH MENGHEMPAS BAYI MAJIKANNYA KE LANTAI
TANJUNG MALIM: Seorang bayi perempuan parah selepas dipercayai didera pembantu rumah yang bertindak menghempasnya ke lantai sebelum mengangkat bayi malang itu dengan menarik rambutnya yang kemudian dihumban keluar dari bilik tidur ke ruang tamu di Jalan Kempas, Proton City, dekat sini.
Perbuatan kejam pembantu rumah warga Indonesia berusia 30-an itu disyaki dilakukan kira-kira jam 6 petang pada Selasa lalu ketika bayi berkenaan nyenyak tidur di atas katil manakala ibu bapa bayi berusia setahun lapan bulan itu masih di tempat kerja masing-masing.
Ketua Polis Tanjung Malim, Superintendan Mohd Ali Mat Nayan, berkata perbuatan terhadap bayi bernama Allysa Idrina Azizan itu dikesan ibunya selepas menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam rumah mereka ekoran melihat kecederaan teruk pada tubuh anaknya.
Katanya, sebelum itu, bapa mangsa yang bekerja di sebuah bank di Teluk Intan diberitahu isterinya bahawa terdapat kesan lebam pada muka dan pipi anak mereka manakala biji mata kanannya berdarah selepas isterinya pulang dari bekerja.
Ibu mangsa bersama pembantu rumah itu yang baru lapan bulan bekerja dengannya membawa Allysa ke sebuah klinik di pekan ini dan hasil pemeriksaan awal doktor mengesahkan kesan kecederaan pada muka dan mata bayi itu disebabkan terjatuh atau terkena hempasan atas permukaan keras .
"Oleh kerana tidak sedap hati dengan laporan doktor, ibu mangsa melihat semula rakaman CCTV dalam rumahnya dan terkejut melihat pembantu rumahnya menarik kaki anak perempuannya yang tidur lalu menghempasnya ke lantai dan beberapa minit kemudian kelihatan wanita itu menarik rambut bayi perempuan itu sehingga terangkat kedua-dua kaki lalu mencampaknya dari bilik sehingga ruang tamu dengan kejam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Tanjung Malim, semalam.
Bicara AKU OranG LauT at 12:45 AM 8 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post


Bicara AKU OranG LauT at 2:30 AM 6 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Terdapat sebuah keluarga yang berasal daripada Terengganu, tetapi telah berhijrah mengikut si ayah yang bertukar kerja ke sana sebagai seorang guru besar. Keluarga tersebut terdiri daripada si ayah, ibu, dan kelima-lima orang anaknya, jadi kesemuanya ada tujuh orang.
Menjelang hari raya aidiladha yang lepas, mereka pun hendak balik ke kampung mereka di Besut. Mereka pun berhimpit-himpit di dalam kereta Kancil milik si ayah.
Lalu si ibu berkata..

Bicara AKU OranG LauT at 3:14 AM 7 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post

Raya kali ni aku nk pakai baju apa ek? Baju melayu ker, nak pakai kemeja ngan jeans ker atau setakat kain pelekat ngan t-shirt?
Kalau aku nk pakai baju melayu, aku nk cari kaler apa? Apa tema kaler tahun nie? Hijau dah, putih pun dah,
Kaler apa lagi tahun nie...haa...warna biru. Esok jugak aku cari baju melayu kaler biru..


Bicara AKU OranG LauT at 1:22 AM 5 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Rileks brader... Tarik nafass.. Cool..fuuhh..fuhh..
Tadi ada lar org yg baca blog aku bg pandangan pasal blog aku. Kata beliau..
"Pada ketika ini bilangan para pelaut dari lima negara yang mendominasi ialah seperti berikut: Filipina (2,684), Indonesia (1,653), China (1,159), India (951) dan Vietnam (284)."
Bicara AKU OranG LauT at 4:21 AM 8 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Sambungan dari entry yg lepas, mengenali org laut. Kata orang 'tak kenal maka tak cinta', tapi jangan plak lepas ko kenal ngan orang laut maka ko pun mula nak tangkap cintan ngan aku..pewiiitt!









Bicara AKU OranG LauT at 4:33 AM 12 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Mungkin ko tak kenal siapa itu orang laut, kali ni aku nak bercerita sikit mengenai orang laut kat ko. Xder la ko nk kutuk lagi orang laut kan..
Orang laut bukanlah makhluk-makhluk hidupan laut yang meliputi segala jenis hidupan di dasar laut ataupun di permukaan laut..
Kami bukanlah dugong yang tersesat ke darat yang pernah menjadi kisah suatu ketika dulu, yang diberi nama Si Tenang.

Bicara AKU OranG LauT at 2:22 AM 4 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Ada apa dengan orang laut? Apa yg dok bangga sangat ngan orang laut? Orang dok tanya aku, apa yg best sgt jd orang laut? Hari ni aku nk habaq la kt ko k..Apa yg best sgt2 jd orang laut..
Bicara AKU OranG LauT at 1:20 AM 2 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Bicara AKU OranG LauT at 1:34 AM 0 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Tengah-tengah aku sakit kepala mengenangkan blog aku yg punah ranah time nie la ko nk santau aku. Tapi ngan selambanyer aku tepis sume SANTAU ko tu Incik Imam..
1. Bekas kekasih saya adalah..
Bicara AKU OranG LauT at 11:47 PM 2 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Adooiii laaaaa....
Disebabkan kebijaksanaan aku mengodek-godek blog ni..amek ko, sume entri yg aku buat terdelete ngan sendiri...
Bicara AKU OranG LauT at 11:31 PM 7 ORANG TURUN KE LAUT Links to this post
Dunia ini umpama lautan yg luas.
Kita adalah kapal yg belayar
dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..Andai muatan kita adalah IMAN, dan
layarnya TAKWA, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup
ini.
"Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam, Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan , itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah terpuji."